BANDAR HILIR 3 Mei – Penerbitan laporan Melaka Sustainability Outlook Diagnostic : Pathway to Urban Sustainability menjadi panduan kepada kerajaan negeri merangka dasar Melaka 2035.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, menerusi laporan tersebut ia menjadi kayu pengukur kepada pembangunan dirancang dan dibawa kerajaan negeri bagi memastikan kemajuan serta kepesatan dicapai mampu bertahan pada masa hadapan.
Menurutnya, beberapa segmen penting dimuatkan dalam laporan itu melibatkan pembangunan bandar masa akan datang.
“Bagaimana untuk memajukan negeri ini dan memastikan ia kekal maju dari semasa ke semasa? Semua ini dicatatkan menerusi laporan ini.
“Selain itu terdapat beberapa kajian turut disertakan iaitu pencapaian ekonomi Melaka yang dibandingkan kerajaan seperti kawasan perbandaran, persekitaran semulajadi dan sumber-sumber lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Perlancaran Melaka Sustainability Outlook Diagnostic Report di Holiday Inn di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr. Mhd Yusoff Sulaiman, Ketua Pengarah Eksekutif PTHM, Chandru Suparmanian, Penganalisis Pembangunan Urban Bank Dunia, Lincoln L. Lewis dan Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar, Ginnie Lim Siew Lin.
Jelas Adly, laporan ini juga menjadi salah satu dokumen penting yang memberi nilai tambah kepada pelaburan di negeri ini pada masa akan datang.
“Mana-mana syarikat yang ingin melabur di sini harus punya satu rujukan untuk membuat apa-apa pelaburan di sini dan saya jangka laporan ini sangat tepat dijadikan satu dokumen penting bagi mereka,” katanya.
Ujar Adly, laporan diagnostik telah disusun kepada laporan tinjuan dan enam laporan sokongan merangkumi bidang penting seperti memperkukuh kejayaan ekonomi Melaka, mengintegrasikan rancangan alam sekitar, meningkatkan perumahan dan perkhidmatan, peralihan modal mobiliti Melaka dan demontrasi kelestraian fiskal.
Laporan tersebut telah diterbitkan hasil kerjasama Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia untuk Teknologi Hijau (MIGHT) dengan kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), Kemudahan Alam Sekitar Antarabangsa (GEF), Bank Dunia dan Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO).
Laporan Kelestarian Melaka diterbitkan

Recent Posts