Steven Yong (lima dari kiri) pada majlis pelancaran IoT Smart City di Kuala Lumpur baru-baru ini
PETALING JAYA – U-Caring International melalui Persatuan Usahawan IOT Antarabangsa bakal membangunkan projek berkaitan internet pelbagai benda (IoT) yang dikenali sebagai IoT Smart City di Johor dengan nilai pelaburan sebanyak RM5 bilion.
Pengasas U-caring International, Datuk Seri Steven Yong berkata, projek ini akan melibatkan pelbagai projek yang berkaitan dengan robotik, kecerdasan buatan (AI) di rumah, aspek keselamatan dan penjagaan kesihatan pintar.
“Melalui pembinaan projek ini, ia akan menambah nilai dan memudahkan aktiviti harian masyarakat melalui penggunakan pelbagai teknologi pintar, AI dan IoT .
“Teknologi berkenaan akan digunakan di pusat komersial dan juga kediaman peribadi.
“Projek ini dijangka siap dalam tempoh tiga tahun,” katanya pada majlis pelancaran projek IoT Smart City di sini baru-baru ini.
Yong menjelaskan, Johor menjadi lokasi pilihan persatuan tersebut kerana lokasinya yang strategik dengan dilengkapi insfrastruktur yang sangat baik dan persekitaran inovasi yang kondusif.
Persatuan Usahawan IOT Antarabangsa merupakan sebuah organisasi bukan keuntungan yang komited untuk mempromosikan pembangunan dan aplikasi teknologi IoT secara global.
Ahlinya terdiri daripada pelbagai syarikat teknologi, institusi penyelidikan dan pakar industri dari seluruh dunia. -KOSMO! ONLINE
Projek IoT Smart City bakal dibina di Johor

SOURCE: https://www.kosmo.com.my/2024/07/02/projek-iot-smart-city-bernilai-rm5-bilion-bakal-dibina-di-johor/
Recent Posts